7 Perkara Perlu Ada Sebelum Mula Buat Website

7 Perkara Perlu Ada Sebelum Mula Buat Website

“Dah tiba masanya bisnes aku ada website!”

Menurut statistik di Google Trend, nampaknya website makin menjadi pilihan founder dan pemilik business sebagai platform pemasaran digital perniagaan mereka. 

Hal ini kerana, dengan adanya website, kredibiliti perniagaan dapat ditingkatkan.

Disebabkan inilah, ramai founder akhirnya terus terjun bina website tanpa buat persediaan, dengan harapan sale terus naik mencanak-canak DALAM MASA 1 HARI.

Dari pengalaman 12 tahun kami membina website, kami perhatikan pattern ni berulang-ulang dan ramai yang terlepas pandang 7 benda ini.

Jadi sebelum nak buat website check dulu yg berikut sebagai persediaan. Penting untuk anda membuat persediaan awal agar proses-proses pembangunan website berjalan lancar dan teratur dari aspek jangka panjang.

  1. Unique Selling Proposition 
  2. Value Proposition
  3. Product
  4. Commitment
  5. Gambar Studio
  6. Plan & Strategy
  7. Content

Jom Check 7 perkara ni sebelum anda mula buat website

1.Unique Selling Point

USP atau Unique Selling Proposition perlu ada sebelum buat website. Tujuannya adalah untuk menjauhkan anda dari “competitor” yg lain.

Tanpa USP, business anda sama macam business lain. 

Dunia sekarang, anda harus berada di “frontline” jika ingin dilihat menonjol dan hanya keunikan anda boleh melakukannya.

Walaupun ini bukanlah kerja yang mudah, kerana jika hari ini anda cipta keunikan paa produk anda, pada esoknya akan ada yang meniru atau muncul dengan idea yang lebih unik dari anda.

Disinilah personal branding anda sebagai pengasas/founder memainkan peranan. Sebagai contoh, Vivy Yusof.

Kekuatan jenama Fashion Valet dan Duck terletak pada pengaruh foundernya yang mempunyai keunikan tersendiri dalam memperagakan fesyen dan lifestyle sehingga menjadi ikutan dan dambaan ramai wanita-wanita bekerjaya sepertinya.

Hal ini kerana, tiada siapa yang boleh meniru personaliti anda.

“Just Be Yourself”

Jangan Mimpi Buat Website_usp

2. Value Proposition

VP atau Value Proposition adalah apakah “benefit” atau nilai anda kepada pelanggan anda? Bagaimana anda membantu pelanggan?

Pelanggan tidak mahu tahu sos jenis apa atau software apa yang anda gunakan. Mereka hanya mahu tahu apa yang mereka akan dapat apabila menggunakan produk tersebut.

Adakah sos anda bakal membuatkan mereka jadi kurus walaupun makan 10 keping Pizza?

Adakah website yang bakal dihasilkan mampu meningkatkan sale business mereka?

VP yg baik dapat selesaikan masalah yang haru biru pelanggan anda hadapi. Jadi, tekankan pada value yang anda ingin berikan pada pelanggan anda.

3. Product

Tanpa product yg baik, yang ada USP dan VP, website anda akan sangat susah untuk pergi jauh.

Pesan mentor business saya, kekuatan business bergantung pada produk ynag ditawarkan. Power produk anda, power lah business anda.

Untuk mencari keunikan produk anda perlu kaji dulu masalah yang customer anda hadapi. Dari situ, wujudkan solusi yang unik. Ini agak mudah bagi business yang menjual produk fizikal.

Namun, sedikit sukar bagi anda yang menjalankan perniagaaan servis kerana kebanyakan servis adalah lebih kurang sama dar segi cara pengendaliannya. Contoh, servis printing t-shirt, servis design website, servis menjahit etc.

Cadangan saya, seboleh-bolehnya package-kan, cari angle jualan dan tahu kenapa ia bagus .

Jangan Mimpi Buat Website_commitment

4. Commitment

Website bukan sekali siap, terus biar bersawang. Website perlu disemai selalu dengan “Content Marketing” utk menaikan SEO bagi mendapatkan traffik.

Tidak ada masa? Terlalu busy untuk update content? Ramai mengeluh bila sampai bab ini. Nak konsisten memang perlukan disiplin yang sangat tinggi.

Cadangan saya, bina jadual untuk update produk/servis terbaru, blog content, infografik etc. Sekiranya anda mempunyai staff, agihkan tugas kepada mereka supaya semua berjalan dengan lancar.

Selain itu, anda juga seharusnya mengambil tahu statistik pelawat anda, samada dari FB, direct atau website lain2.

 Penting ni!

5. Gambar Studio

Good Picture Sells.

Tengok iklan nampak gambar nasi lemak yang berkualiti tinggi nampak sedap, bila masuk kedai beli sebiji tidaklah sedap mana pun. Pernah alami situasi macam ni?

Nampak tak pengaruh gambar tu. 

Upah professional photographer atau beli dari stockphoto. Ambik gambar kualiti studio. 

Elakkan menggunakan handphone untuk tangkap muat, kecuali anda memang dah pakar.

Jangan Mimpi Buat Website_gambar studio
Jangan Mimpi Buat Website_plam

6. Plan & Strategy

Bukan marketing business sahaja, website juga perlu ada plan dan strategy.

Plan – apakah ‘content’ yg bakal dimasukkan? Bila? Bagaimana? Siapa yg manage? Dimanakah hosting?

Strategy – Bagaimana nak tarik lebih byk traffic? Mana sales page? Apakah userflow?

Di Laman7, kami akan bantu anda dari awal sampai habis. Tolong setkan siap dan beri consultation bagi membina website yang boleh membantu bisnes anda cetak duit.

7. Content

Content Is KING.

Content seperti About us Page, Product Page, Blog post dan sebagainya perlu padu dan solid. Content terbahagi kepada dua iaitu gambar dan copywriting.

Untuk blog content, jangan takut untuk tulis article yang panjang. Ramai beranggapan copywriting panjang tak ada orang baca. Itu mitos. Lagi panjang, lagi banyak info lagi audience suka nak share, maka tinggilah traffik anda.

Di Laman7. kami menyediakan template untuk anda buat content yang mantap dan padu, membuatkan customer lebih TRUST business anda.

Jangan Mimpi Buat Website_content

Jadi sebelum anda mula buat website...

Pastikan anda buat checklist untuk 7 perkara seperti di atas supaya proses-proses buat website anda berjalan dengan lancar dan mudah.

Okay, itu sahaja untuk hari ini. Dah ready nak buat website atau ada soalan lagi. Boleh tanya team Laman7. Kami akan bantu anda.

Goodluck!

Marsya

Marsya is the Digital Marketeer of Laman7. She writes things related to digital marketing and business. She is creative, solution-oriented and adventure seeker. She loves to sketch and a nature freaks who dreams of living in a tree-house while having a cup of tea.

Leave a Reply

Close Menu
×