7 Tanda Anda akan Jadi Usahawan Berjaya

7 Tanda Anda akan Jadi Usahawan Berjaya

Pernahkah anda lalui moment-moment ini?

“Daripada berniaga dalam bilik sampai ke office, daripada sale sendu ke puluhan ribu, dari beli A4 sendiri, sampai lah boleh suruh orang.”

Jika ya, berita baik untuk anda. Anda telah disumpah menjadi usahawan berjaya yang bakal tinggalkan pesaing anda jauh ke belakang.

Okay, jom buat checklist ini.

Adakah anda sedang mengalami tanda-tanda sepeeti dibawah? :

  1. Sentiasa topup ilmu
  2. Susah tidur (banyak idea)
  3. Selalu fikir problem customer
  4. Ambil kisah pasal finance
  5. Dah mula fikir investment
  6. Banyak fikir pasal marketing
  7. Dah ada website professional untuk business

7 Tanda-tanda usahawan berjaya

1. SENTIASA TOPUP ILMU

Jika anda rasa anda sudah hebat, ilmu macam nak melimpah-limpah dalam kepala. Cuba celup jari kelingking dalam laut, sebanyak itu lah ilmu kita.

Dalam hidup ni, kita kena sentiasa cari ilmu. Lagi banyak kita cari, makin kita sedar banyak rupanya yang kita tidak tahu.

Bergurulah dengan sifu, mentor yang anda rasa terbaik untuk bisnes anda.

7 TANDA ANDA AKAN JADI USAHAWAN BERJAYA_topup ilmu
7 TANDA ANDA AKAN JADI USAHAWAN BERJAYA_susah tidur

2. SUSAH TIDUR (BANYAK IDEA)

Bila anda mula rasa susah nak tidur malam, itu tanda-tanda anda sedang menaiki tangga-tangga usahawan berjaya. Bukan apa, waktu ini lah segala idea datang terjah berjemaah.

Sememangnya, sebagai owner macam-macam kita nak buat untuk kukuhkan bisnes, naikkan sale, nak bayar gaji pekerja, nak buat marketing gempak.

Kadang2 rasa mcm nak execute sekarang jugak, tapi mata minta tidur.

Tidurlah. Otak dapat rehat yang cukup, minda cergas, idea pun bernas.

 

3. SELALU FIKIR PROBLEM CUSTOMER

Bila berbisnes, benda paling kritikal ialah customer. Tak kenal customer, maka susah untuk menarik perhatian mereka.

Masih ingat pertama kali anda cuba nak mengorat pasangan anda dulu? Anda akan cuba nak tahu apa yang si dia suka baru boleh buat sesuatu untuk tarik perhatian mereka betul?

Nak produk/servis laku, kena matchkan masalah customer dengan apa yg kita offer.

Sebab tu penting untuk buat Value Propositon (VP), supaya senang “detect” apa customer nak.

7 TANDA ANDA AKAN JADI USAHAWAN BERJAYA_fikir customer
7 TANDA ANDA AKAN JADI USAHAWAN BERJAYA_finance

4. AMBIL KISAH PASAL FINANCE

Finance adalah perkara paling asas mana-mana usahawan wajib tahu. Tak tahu finance macam mana nak maintain bisnes sampai 10-20 tahun?

Nak mulakan bisnes memang mudah, tapi nak maintain tidak semudah itu. Di sini, ilmu finance mainkan peranan.

Jangan terlalu teruja baru buat sedikit sales dah belanja macam orang kaya. Kena pandai buat simpanan dan laburkan pada benda yg perlu sahaja. Kita tidak mahu sehingga cek kena tendang. Tak bagus untuk bisnes kita.

5. DAH MULA FIKIR INVESTMENT

Tahniah!

Anda memang bijak. Inilah definisi kumpul sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Jangan fikir melabur satu bebanan tapi ada manfaat contohnya meningkatkan tahap kewangan anda jadi lebih stabil.

Bila dah buat investment banyak, mesti dividen terkumpul pun menggunung. Dengan melabur, anda boleh menjana duit dengan cepat dan banyak.

Sudah  menjadi trend sekarang ini. Ramai dah ada kesedaran.

7 TANDA ANDA AKAN JADI USAHAWAN BERJAYA_marketing

6. BANYAK FIKIR PASAL MARKETING

Kalau anda pagi, petang, siang, malam asyik fikirkan marketing untuk roketkan bisnes anda, maka in tanda-tanda anda akan jadi usahawan berjaya.

Marketing ni umpama tunjang untuk pastikan bisnes terus berkembang. Kadang-kadang rasa macam buat strategi perang untuk luaskan tanah jajahan pun ada, Gambate!

7. DAH ADA WEBSITE PROFESSIONAL UTK BUSINESS

Tanda-tanda anda “one step closer” nak jadi usahawan berjaya ialah bila anda dah mula faham betapa pentingnya website untuk bisnes anda.

Ramai usahawan masih tidak sedar dengan adanya website, bisnes anda akan nampak lebih professional.

Dengan website, anda juga tidak perlu lagi reply whatsapp satu persatu sampai “slow” handphone tu (customer shopping online;e-commerce).

Website marketing sememangnya satu revolusi dalam marketing trend 2019.

Jika anda dah mula terfikir untuk memiliki website, sekarang adalah masa yang paling tepat. Sebelum pesaing anda buat, baik anda mula cepat.

7 TANDA ANDA AKAN JADI USAHAWAN BERJAYA_website

Konklusinya, wahai usahawan berjaya...

Anda sudah hampir sampai ke puncak. Teruskan usaha anda dan jangan give up. Anda sudah lalui pelbagai cabaran dan rintangan dari hari pertama anda mula fikirkan nama brand ke mendaftar bisnes di SSM sehingga lah sudah boleh menggaji staff dan memiliki website professional sendiri.

Anda memang hebat. Keep on going.

See you at the top!

P/s: Anda sudah bosan dengan design lama website anda? Nak redesign website ikut latest style 2019? Viar Team Laman7 bantu.

Klik butang di bawah.

Marsya

Marsya is the Digital Marketeer of Laman7. She writes things related to digital marketing and business. She is creative, solution-oriented and adventure seeker. She loves to sketch and a nature freaks who dreams of living in a tree-house while having a cup of tea.

Leave a Reply

Close Menu