7 Tips Redesign Website Untuk Naikkan Sales Anda

7 Tips Redesign Website Untuk Naikkan Sales Anda

Ramai pemilik business mengadu website mereka sendu. Ada website, tiada sale conversion. Kalau ada pun slow. Orang lain buat website, sale masuk berasap-asap, kita sale telur ayam. Macam mana bos?

Satu aspek yang kebanyakan pemilik-pemilik business terlepas pandang ialah design website.

Kadang-kadang main tangkap muat je mana-mana design dari Google, campak dekat designer tanpa kaji dulu elemen-elemen UI yang perlu ada.

Pilihan warna caca merba, tiada interaksi dengan pelanggan, butang entah ke mana. Pelanggan masuk website terus rasa nak keluar. Penggunaan konsep web design yang sesuai dan betul sebenarnya dapat membantu manaikkan sale website anda secara tidak langsung.

Sepanjang pengalaman kami mengendalikan website client-client besar kami, hari ini kami bongkarkan rahsia redesign website yg bakal “roketkan” sale anda ke angkasa. Wajib follow!

  1. Repeat call-to-action
  2. Try one column
  3. Say thank you
  4. Simplify forms
  5. Social proof
  6. Recommend choices
  7. Sell benefits, not features

7 Tips Redesign Website Yang Wajib Anda Follow Untuk Naikkan Sale

1.Repeat Call-to-Action

Repeat CTA adalah untuk approach dua jenis golongan. CTA untuk atas page lebih fokus pada golongan yang nak “fast action” dimana mereka ni dah tahu tentang produk & servis kita. Jadi masuk, terus nak beli atau “take action”

Bebeza dengan CTA di bawah page lebih fokus pada golongan yang baru nak kenal2. Jadi, mereka perlu baca dan fahami dulu nak bertindak.

Repeat your Call To Action (CTA) page anda panjang, minima 2 kali, maxima 5 kali. Lebih dari tu dah annoying.

Utk nak push CTA pastikan ada “Offer” yg menarik.

2. Try One Column

Pastikan anda buat satu column, berbanding 2-3 column.

Kebaikan satu column layout adalah supaya user “focus” kepada story anda. Tanpa distraction kiri-kanan, lebih senang nak buat prospek “hooked” maka lebih tinggi conversion rate website anda.

7 Tips Redesign Website_column

  3. Say “Thank You!”

Selepas bertungkus-lumus siapkan satu tugasan dan ada yg cakap

“Terima kasih! Aku hargai usaha2 kau.” Apa anda rasa?

Rasa appreciated betul? Hilang penat semput semua.

Bila user dah selesaikan satu task ucaplah terima kasih. Bukan apa, user akan rasa lebih selesa dengan website yang friendly. Terasa macam sedang berkomunikasi dengan manusia bukan robot, humanize design bak kata mat salleh.

  4. Simplify Forms

Kita perlu tahu bawa manusia sememangnya malas. Kalau boleh nak semua benda tu simple and cepat siap. Dalam website, kalau boleh biarlah guna simple form sahaja. Ini untuk menggalakkan user untuk isi form tersebut.

Elakkan elemen2 yang membebankan user sehingga menjadi rumit. Susah-susah, user tak nak layan nanti.

7 Tips Redesign Website_simplify forms
7 Tips Redesign Website_social proof

5. Social Proof

Monkey See, Monkey Do.

Percaya atau tidak, manusia sememangnya suka ikut orang. Bila nampak orang ramai beli, mereka akan terasa nak beli jugak. Jadi, jika anda letak social proof di website anda, ini akan trigger user untuk ikut beli.

Customer juga tidak mahu menjadi “lab rat” atau yg pertama utk test. Plus, tambah keyakinan user terhadap bisnes dan produk anda jugak.

Impak terhadap conversion sangat tinggi.

6. Recommend Choices

Ini adalah prinsip design paling asas dimana secara psikologinya, user lebih senang pilih jika ada pilihan dan “recommendation” berbanding kena “recall” balik dalam otak.

Teknik ini disebut sebagai Recognition atau pengecaman.

Daripada nak kena perah otak ingat balik apa favourite movie, bagi dia recommendation atas movie2 terbaru yg tengah hot. 

Manusia memang sukar dan lambat nak buat pilihan kalau tiada “recommendation”. Kita akan jadi pening dan rambang mata nak buat pilihan. Jika ada “recommendation”, kita akan limitkan pilihan. Lagi sikit pilihan, lagi cepat kita buat decision.

7 Tips Redesign Website_choices

7. Sell benefits, Not features

Kenapa perlu jual benefits berbanding features? Orang lebih suka tahu outcome yg akan mereka dapat sebelum membaca ciri-ciri produk tersebut. Ingat ni, “Price is what you pay, the value is what you’ll get”. Jadi, mereka bayar untuk value.

Selain tu, benefits juga lebih match dgn value proposition (wants, needs, fear) user. Jadi mereka rasa lebih dekat dan ada kena mengena dengan kehendak dan keperluan mereka.

Kesimpulan Redesign Website Untuk Naikkan Sale

Sekarang anda sudah nampak bahawa setiap elemen-elemen dalam design website ini sebenarnya banyak mempengaruhi sale website anda. Jadi, sebelum redesign website, amatlah penting untuk dikaji terlebih dahulu motif dan impaknya terhadap bisnes anda.

Jadi, jika anda berminat nak buat website yg boleh membantu meningkatkan sales? Tekan butang di bawah. Team Laman7 akan bantu anda.

Goodluck!

Marsya

Marsya is the Digital Marketeer of Laman7. She writes things related to digital marketing and business. She is creative, solution-oriented and adventure seeker. She loves to sketch and a nature freaks who dreams of living in a tree-house while having a cup of tea.

Leave a Reply

Close Menu